Good Food Malaysia
The best hawkers food available in Malaysia. Halal, Cheap and delicious! And many that you have never discovered before!!!
By: Good Food Malaysia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Dec-2006 02:10 Email | Share | Bookmark
Linda Onn very own My Mom's Chicken Rice

Linda Salam
LindaServe
LindaSkop


APABILA Linda Onn membuka cawangan kedua restoran nasi ayamnya, My Mom's
Chicken Rice (MMCR) di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira setahun
yang lalu, ramai menganggap dia anak Melayu yang berani kerana tidak gentar
dengan persaingan kaum lain yang rata-rata memonopoli perniagaan makanan di
situ.

Advertorial


Pada masa yang sama Linda harus memastikan cawangan utama MMCR di Ampang
Point, Kuala Lumpur tetap gah menggamit pelanggan. Selain sibuk dengan
tugasnya sebagai penyampai radio Era, Linda kini bertanggung jawab mengawal
selia dua restorannya itu.

Ketika itu wujud persoalan, mampukah Linda membuat pelbagai pekerjaan dalam
satu sama termasuk menjadi pengacara Tanya Linda di Astro Ria, sekali gus
bergelar duta kepada minuman kesihatan, Power Root?

Rupanya dalam diam Linda berperang dengan kesibukan, dia membuka cawangan
ketiga MMCR di pusat beli-belah Tesco Ampang, Kuala Lumpur. Restoran nasi
ayam itu baru saja menjalankan operasinya hampir tiga bulan lalu.


*"Apabila kita berniaga, bukannya dengan niat suka-suka hendak dapat nama.
Tapi, ia hendaklah disertai dengan nawaitu yang ikhlas, berniaga untuk
menambahkan pendapatan. Sekurang-kurangnya saya sudah ada perniagaan sendiri
sebagai persediaan masa depan.

"Kita berniaga mestilah berani berdepan dengan risiko, sama juga apabila
bergelar artis, mesti tabah dengan gosip. Tapi, alhamdulillah, setakat ini
saya masih berupaya mengendalikan segala urusan di ketiga-tiga kedai
berkenaan. Tambahan pula, tenaga kerja utama MMCR terdiri daripada anggota
keluarga sendiri, justeru tidak timbul sebarang masalah kerana kepercayaan
itu sudah sedia ada.

"Bersama modal yang ada, saya laburkan untuk melebarkan sayap perniagaan.
Tapi, saya tetap berterima kasih kepada Era kerana jolokan Linda Era banyak
membantu dari segi penjenamaan. Itu satu kelebihan dan saya amat bersyukur,"
akui Linda yang ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama artis Skop
Productions di MMCR, Tesco Ampang, baru-baru ini.



Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam bersama isteri, Datin
Fatimah Ismail yang disertai anak teruna, kini sudah pun bergelar pengarah
drama bersiri Sembilu Kasih, Shamsul dan adiknya, Shafiq, sudi melapangkan
masa berbuka puasa di restoran nasi ayam cawangan terbaru Linda.

Artis Skop lain yang berpeluang menikmati keenakan nasi ayam resipi istimewa
ibu Linda termasuklah heroin Sembilu Kasih, Hetty Sarlene dan bintang Gerak
Khas, Zulkifli Ismail serta Deen Maideen.

"Ini pertama kali saya dan isteri makan di kedai Linda. Boleh tahan, sedap!
Dalam sibuk-sibuk Linda bersama radio Era, dia sempat buat bisnes. Dia
bersungguh-sungguh berniaga sehingga dah ada tiga cawangan. Semangat seperti
inilah yang kita mahu," kata Datuk Yusof.



Di samping itu, MMCR turut menyediakan menu istimewa lain, Mom Special dan
Mom's Selection, selain mi rebus yang dikenali dengan nama Daddy's Favourite
dan Daddy's Original.

Manakala Hetty dan Shamsul yang pernah digosipkan bercinta suatu ketika
dulu, rupa-rupa sering ke MMCR kerana mereka memang gemar makan di restoran
berkenaan.

Sementara itu, Linda, 28, tidak lepas daripada pertanyaan, bagaimana
hubungannya dengan pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad yang selalu kelihatan
bersamanya. Bila agaknya mereka akan ehem.... ehem .... ?


Accahh.. kaler pun satu theme dengan MMCR. Wish both of you the best!!

"Sebenarnya, saya lebih suka dengan kehidupan sekarang. Tak dinafikan antara
kami memang ada keserasian, tapi kami tidak pernah cakap soal kahwin. Memang
saya ada rancangan untuk berkeluarga, tapi tak tahu lagi bila.

"Saya tak mahu merancang apa-apa, nanti kalau tidak tercapai, kecewa. Lebih
baik fikir pasal bisnes," kata Linda sambil mendukung anak saudaranya,
Shahril Fifiq, berusia dua bulan lebih.

*Lokasi: My Mom's Chicken Rice - Cita rasa Linda Onn, Tesco Ampang, Kuala
Lumpur*


Source: Bintang Popular

Advertorial

Kindly e-mail myfotopages@gmail.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net